Resipi Ayam Bakar Blackpepper Sedap

Kongsi Post Ini

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Resipi ini saya kreditkan buat Dani yang telah berkongsi di Facebook beliau. Saya simpan di sini untuk cubaan masakan pada masa akan datang. Terima kasih saudara!

Bahan A

 
  • 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B

  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • *Boleh kisar atau tumbuk*

Bahan C

(Ikut selera anda ya)

  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serbuk kunyit
  • Lada hitam serbuk
  • Lada hitam hancur
  • Sedikit lada putih
  • Garam
  • Sedikit minyak masak @ minyak bijan
  • Lebih kurang 1 sudu besar planta

Cara Memasak

  1. Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B dan gaul sebati kemudian perap dengan ayam sekurang-kurangnya 30min.
  2. Bahan D, gula atau madu. Boleh skip kalau tak suka, saya letak madu supaya tak la nanti rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi.
  3. Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15 min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
  4. Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing ye. Saya guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

3 thoughts on “Resipi Ayam Bakar Blackpepper Sedap”

  1. Pingback: Resipi Mi Hailam - The Muzikal

  2. Pingback: Sambal Ayam Penyet Sedap, Senang Sangat - The Muzikal

  3. Pingback: Resipi Daging Dendeng - The Muzikal

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Baca Lagi

Scroll to Top