Daging Dendeng
5 biji bawang besar dihiris nipis 4 sudu besar cili kisar 1 sudu besar kari daging 4 sudu besar air asam jawa kicap agak-agak 2 sudu besar gula kabung 1 sudu besar gula pasirs Sedikit garam

Kongsi Post Ini

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Hai semua. Dalam hantaran kali ini, saya ingin kongsi Resipi Daging Dendeng. Resipi tradisi daripada Puan Nawal Lope Zainal Abidin. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin!

Hasil Daging Dendeng. Sedapnya…!

Jom kita mulakan!

Bahan-bahan

  • 1 kg daging (direbus)
  • 5 biji bawang besar dihiris nipis
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kari daging
  • 4 sudu besar air asam jawa
  • kicap agak-agak
  • 2 sudu besar gula kabung
  • 1 sudu besar gula pasirs
  • Sedikit garam

Bahan Tumis

Bahan A

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan B

  • 3 tangkai daun kari
  • 1 ketul kulit kayu manis
  • 1 ketul bunga lawang

Cara-caranya

  1. Hiris bawang besar, goreng jadikan bawang goreng.
  2. Hiris daging yg sudah direbus empuk, perap dengan kicap manis selama 2 jam, kemudian goreng.
  3. Ketepikan.
  4. Panaskan 1/3 cawan minyak.
  5. Tumis Bahan A, masukkan bahan B, kacau hingga garing.
  6. Masukkan cili kisar dan kari.
  7. Kacau garing, masukkan air asam, gula kabung, gula putih dan kicap.
  8. Kacau sekejap dan masukkan bawang goreng serta daging goreng.
  9. Tutup api.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Baca Lagi

Scroll to Top