Mi Hailam

Kongsi Post Ini

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Saya dah lama suka kalau ada mi hailam dalam menu di kedai. Tapi itu lah, mesti akan “ter-oder” nasi goreng kampung jugak!

Jadi kali ini saya akan cuba share resipi Mi Hailam yang saya ambil di Facebook (of course lah ejen google kedua kot tu!) Haha

Okey jom kita mula.

Sebelum itu, kredit buat empunya resipi yang berkongsi di Facebook. Tak dinyatakan pula siapa tuan tanah resipi ni.

Sumber: Facebook

Bahan-bahan A

1. 600 gram mi kuning

2. 100 gram isi ayam – hiris nipis

3. 100 gram udang

4. 250 gram sawi hijau – dipotong kecil

5. 100 gram bunga kubis – dihiris

6. 100 gram kobis – dihiris

7. 1 biji cili merah – mayang

8. 1 sudu besar serbuk lada hitam

9. 3 sudu besar kicap pekat

10. 3 sudu besar sos tomato

11. 3 sudu besar minyak masak

12. 1 cawan air

13. 4 ulas bawang putih – ketuk

Bahan-bahan B

1. 3 batang daun sup – potong pendek-pendek.

2. 3 batang daun bawang – potong pende-pendek

3. 1 biji cili merah – hiris

4. garam – jika perlu

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan ayam dan air.

3. Biarkan sehingga lembut.

4. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau hingga rata.

5. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mei kuning .

6. Kacau hingga rata. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau hingga rata.

7. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup, daun bawang dan cili merah.

8. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba!

Jika anda ingin lihat resipi-resipi lain, boleh lihat di sini ya!

Resipi Ayam Bakar Blackpepper Sedap

Resipi Roti Canai Viral 2021

2 thoughts on “Resipi Mi Hailam”

  1. Pingback: Sambal Ayam Penyet Sedap, Senang Sangat - The Muzikal

  2. Pingback: Resipi Daging Dendeng - The Muzikal

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Baca Lagi

Scroll to Top