Review Moisture Surge Clinique

Kongsi Post Ini

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Siapa tak kenal dengan produk dari Amerika Syarikat iaitu Clinique, kan? Banyak produk dari jenama ini memberikan hasil yang baik untuk diri saya sebagai pengguna. Apa lagi, saya ni seorang lelaki tetapi tetap perlukan penjagaan kulit wajah yang baik. 

Sekarang ni baru rasa ada semangat untuk review produk Moisture Surge daripada jenama Clinique ini. Sebenarnya saya dah cuba pakai selama 4 tahun, sejak 2018 hinggalah tahun 2021 ni! 

Mesti ada sebab kenapa saya pakai produk ni. Baiklah, untuk memudahkan anda, saya senaraikan sahaja apa pro dan con untuk produk ni setelah pengalaman lebih daripada 4 tahun menggunakan Clinique Moisture Surge ini. 

(Penafian: Penulisan ini tidak dibayar oleh pihak Clinique Malaysia, saya menulis dengan rela hati saya)

Oh, ya! Sebelum itu, saya dapatkan produk ini di Aeon Tebrau Mall di Johor. Staf di sana iaitu Sofia memang sangat membantu dalam mencari penyelesaian untuk skincare kulit saya. Thank you, Sofia!

Pelembap muka yang sangat padu! (serius)

Ya, saya akui bahawa Moisture Surge ini adalah satu produk pelembap dan juga hydrator (untuk kulit saya yang berminyak). Teksturnya sangat lembut di kulit wajah dan amat senang untuk disapu. Serius, tak tipu! Biasanya saya akan sapu pada wajah sebagai langkah terakhir selepas menggunakan toner/hydrator dan serum. Memang hasilnya kulit wajah akan kekal lembap (dalam keadaan baik) dan tidak akan berminyak sesudahnya. Best!

Primer untuk mekap

Jangan salah sangka! Saya pun bermekap jika muka ni penuh dengan parut jerawat lama. Self confidence tu usah cakap, memang rendah sangat. Dengar cercaan dan ejekan rakan sekerja pun dah cukup buat saya fikir “aku mesti buat sesuatu”. Jadi salah satu daripada primer yang saya ada dan masih gunakan adalah Moisture Surge ini. Saya pun tak percaya pada mulanya apabila diberitahu bahawa produk ini boleh digunakan sebagai primer. Tapi saya cuba dan ya memang sahih boleh digunakan sebagai primer untuk mekap. Haha! Oh, ya! Semasa saya mekap / tatarias adik perempuan saya, memang saya jadikan ia sebagai primer tau! Hasil mekap memang tak bercapuk. Itu bab lain nanti saya cerita tentang mekap ya! Haha! Jadi saya akui bahawa Moisture Surge ni bukan calang-calang! 

Sebagai Mask 5 minit

Bagi sesiapa sahaja yang berasakan kulitnya sangat kering, boleh jadikan ia sebagai mask. Caranya mudah:

  1. Keringkan wajah setelah dicuci (pat dry only)
  2. Ambil Moisture Surge dengan tangan yang bersih dan sapu ke seluruh wajah. 
  3. Biarkan selama 5~6 minit.
  4. Basuh wajah anda dengan air.
  5. Teruskan dengan rutin skincare seperti biasa. 

Mudah sahaja. Saya secara personal buat juga tetapi jarang. Sebab? Moisture surge ni bukan murah sangat! Haha! Ok nanti saya share harga produk ini okey!

Penyegar wajah dan kulit dengan segera!

Baik, apa yang saya maksudkan adalah semasa dalam proses break out. Kulit saya ini memang berminyak, tetapi apabila menggunakan retinol, ada masa ia menjadi kering. Jadi memang saya akan capai sahaja Moisture Surge ini untuk disapu pada tempat yang kering pada wajah, terutamanya. Tempat lain yang pernah saya cuba pakai termasuklah di siku dan lutut! Serius memang saya letak di situ apabila tidur dalam bilik berpendingin hawa. Haha! 

Saya akan terus guna dan beli lagi?

Ya, saya akan terus gunakan Moisture Surge ini walaupun masih ada produk lain yang saya rasa akan saya gunakan dari masa ke masa. Iya lah, ada masa kulit saya akan jadi terlalu sensitif dan ada masa ia menjadi setebal kulit buaya. Haha!

HARGA: RM 186.00 – 50ml, RM112.00 – 30ml, RM 58.00 – 15ml 

TEMPAT: Semua Clinique Stores dan Kaunter Jualan 

BAHAN DALAM PRODUK:

Water\Aqua\Eau, Dimethicone, Butylene Glycol, Glycerin, Trisiloxane, Trehalose, Sucrose, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/​Vp Copolymer, Hydroxyethyl Urea, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Silybum Marianum (Lady’S Thistle) Extract, Betula Alba (Birch) Bark Extract, Saccharomyces Lysate Extract, Aloe Barbadensis Leaf Water, Thermus Thermophillus Ferment, Caffeine, Sorbitol, Palmitoyl Hexapeptide-12, Sodium Hyaluronate, Caprylyl Glycol, Oleth-10, Sodium Polyaspartate, Saccharide Isomerate, Hydrogenated Lecithin, Tocopheryl Acetate, Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Glyceryl Polymethacrylate, Tromethamine, Peg-8, Hexylene Glycol, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Disodium Edta, Bht, Phenoxyethanol, Red 4 (Ci 14700), Yellow 5 (Ci 19140)

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Baca Lagi

Scroll to Top