Sambal Ayam Penyet Sedap, Senang Sangat

Sambal Ayam Penyet

Kongsi Post Ini

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Hari tu semasa di pejabat sekolah, guru besar saya Cikgu Asmuni jemput untuk rasa menu masakan pagi beliau iaitu ubi rebus dan sambal hijau.

Review saya, jujur memang sedap sambalnya. Katanya itu sambal stail orang Jawa. Saya angguk saja lah sebab saya ni mana lah reti nak buat sambal “hijo” macam tu. Haha.

Jadi post kali ini saya dah selidik dan jumpa satu resipi untuk Sambal Ayam Penyet. Macam berbeza kan? Tapi saya tengok gambar yang Puan Airul kongsikan tu, nampak macam sama kepekatan dan likatnya tu. Fuh, memang meleleh!

Jadi apa lagi jom saya kongsikan di bawah resipi sambal oleh Puan Airul.

p/s: Tak sabar nak cuba nanti!

Sedap kan pekat Sambal Ayam Penyet ni! Serius tampak sedap!

Bahan-bahan

(Sukatan khas memang tiada, kata orang-orang tua “agak-agak je!”)

  1. Cili api merah n hijau
  2. Cili besar merah
  3. Tomato
  4. Ikan bilis
  5. Bawang merah
  6. Bawang putih
  7. Belacan

(Potong kasar semua bahan di atas)

Cara-caranya

  1. Tumis bahan-bahan tadi dengan 2 sudu minyak sampai layu.
  2. Blend/kisar/tumbuk halus semua bahan yang telah ditumis tadi. (tunggu sejuk dulu tau!).
  3. Masak semula sehingga pecah minyak dan tambahkan perasa jika perlu.
  4. Gula dan garam boleh dimasukkan untuk sedapkan rasa.

*Asam limau boleh ditambah jika sukakan rasa masam

Anda boleh lihat DI BAWAH untuk resepi masakan lain. Selamat menjamu selera!

AYAM BAKAR BLACKPEPPER

RESIPI MI HAILAM

RESIPI ROTI CANAI

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Baca Lagi

Scroll to Top